Tinta Seorang yang mencari redha-Nya

My photo
Ilmu yang senipis kulit bawang, tetapi ku ingin berjuang kerna ingin mencapai jannah, biiznillah.. moga bermanfaat

Tuesday 21 January 2014

Suara Wanita Bukan Aurat???

Dalam catitan ini, saya ingin memberitahu bahawa suara wanita bukan aurat... 

"haa... bukan ka... buat hukum sendiri ka?" (Fulan)

haih, nak tau baca sampai habis dulu...

asal hukum bagi suara wanita itu bukan aurat, sebab itu wanita jua bebas berbicara meskipun dengan yang bukan muhrim... (writer)

adapun yang menjadi aurat yakni haram kecuali pada yang tertentu adalah suara yang dilenggokkan, dilagukan sehingga mampu buat orang yang mendengarnya 'cair'... ya, itu HARAM (writer)

'trend' untuk menghalalkan sekarang mudahnya dijawab, "kalu tidak melalaikan dan mengingatkan pada Allah, boleh"... wah... begitu pula jawabnya... careful, "islam memang mudah tapi jangan ambil mudah" yang HARAM TETAP HARAM, itu hukum Allah" (writer)

Bukti suara wanita bukan aurat, 

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)" (Al-Ahzaab:32)

Apa pula yang menyebabkan suara wanita itu adalah aurat?

Disebut oleh imam al-Ghazali, "Sesungguhnya suara wanita bukanlah aurat kecuali ketika dia menyanyi.  Maka pada saat itu suaranya aurat".

Disebut juga oleh Syeikh al-Qurtubi, "suara wanita ketika berkata-kata bukanlah termasuk aurat kecuali ketika dia menyanyi."

Kesimpulan berdasarkan kata2 alim ulama', suara wanita itu pada asalnya bukanlah aurat, tetapi apabila dilenggokkan yakni dilagukan, dimanjakan bukan pada tempatnya itulah ianya  dan bisa pula menjadi fitnah yang besar buat lelaki.. (writer)

wallahualam...

- catitan pendosa -



Monday 6 January 2014

Kerana ilmu...



(beramal aku kerana ilmu)














saya tertarik untuk sentuh berkenaan ayat ni... 

"kau nak buat, kau buat ja, kau xnak buat sudah!" (fulan)

saya berani berkata orang seperti ini mengambil mudah soal agama, ya benar.. islam itu mudah, tp ingat! jangan kamu ambil mudah... sesuatu amalan yg kamu nak buat, atau kamu nak tinggalkan kena ada ilmu atas tindakan yang kamu buat (writer) 

"Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)

buah kepada ilmu itu ialah amalan maka apabila seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang sesuatu tapi dia tak buat, sia-sia sahaja ilmunya.
(brdasarkan hadis, "ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah")

ringkasnya begini,..

contohnya mencuri, kenapa kita tak mencuri? sebab semua jelas mencuri itu salah... haa.. tidakkah ilmu tu? jelas kita tak buat kerja mencuri sebab kita tahu ia salah kan.. sama juga dengan beramal dgn perkara yg khilaf seperti bermuamalat dengan non muslim, dll. (writer)

-wallahualam-


~ sy hanya berkata menurut ilmu ~

Wednesday 1 January 2014

Shh... word.

"... maka berbicaralah dengan  baik atau diamlah" 
(Riwayat Bukhari)

suatu hal yang mana ramai orang tak mampu kawal termasuk orang yang menulis catitan ini adalah lidah. mudah dan cepat betul lidah ni sebut sesuatu yg kadangnya bukan akal kita yang inginkan perkataan tu keluar...

contohnya... kalu kita tercedera, apa ayat pertama kita sebut, "Aduh!"... AllahuRabbi... kenapa bukan perkataan "Allah" yang keluar dulu? sama seperti diri ini... 

selalu kalau kita banyak berbual dengan kawan-kawan, biasa tak kita menyimpang dari topik yang dibualkan, contohnya... berbual tentang kuliah esok, tiba masuk pulak bab kereta, kereta dia lagi laju, fulan tu lagi laju... bla..bla.. akhirnya sampai mencapai ghibah (mengumpat).. nauzubillah

maka, tetiba saya terfikir suatu ayat... 
"Berbicaralah sekadar keperluan, bukan kemahuan"(penulis)..

Hadis yang lain yang menyebut tentangnya... 

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat ialah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara.” (HR Tirmizi)

Astaghfirullahal'azim...

berfikir sejenak, selama kita hidup, berapa banyak perkataan yang bermanfaat yang telah kita ucapkan berbanding dengan perkataan yang sia-sia? 

~ Peliharalah lidah ~