Tinta Seorang yang mencari redha-Nya

My photo
Ilmu yang senipis kulit bawang, tetapi ku ingin berjuang kerna ingin mencapai jannah, biiznillah.. moga bermanfaat

Tuesday 4 February 2014

JIKA BUKAN DI 'SINI', INSYAALLAH DI 'SANA'

Dalam rehat panjang yang Allah kurniakan, sebab kemurkaan Allah padaku... terjadi dua kematian yang berlaku begitu menebal kesannya dan dekat denganku..

Siti Hajar bt. Ahmad Sabir
Ahmad Ammar b. Ahmad Azzam

Allahu... percaturan Allah itu memang sempurna, umur mereka sama denganku tapi sayang lagi Allah pada mereka atas apa yang mereka perjuangkan...

begitu sama, yaitu kemalangan. cuma berbeza halnya setelah ditimpa kemalangan itu....

Allah... sungguh terang Allah menunjukkan akan kesilapanku...

"Allah marah kepada akak, sebab tak cari jalan lain bila dakwah terhalang" (Hajar)

".... Jika kamu perlukan hiburan, cukup Al-Quran sebagai penghibur, jika kamu perlukan nasihat cukuplah mati sebagai ingatan" (Ahmad Ammar)

Allah... di dunia aku tidak sempat bertemu mereka, aku amat berharap agar Allah pertemukan kami sebagai sahabat di 'sana' ... biiznillah...

.......

cukuplah Allah yang memandang dan menilai akan usaha aku....

Monday 3 February 2014

Khutbah 1: Khutbah pertama di Mekah

- Rasulullah diutuskan kepada sekalian Sahabat r.anhu secara khusus
- Rasulullah diutuskan kepada sekalian manusia secara umum
- Kita mati sebagaimana kita tidur
- Kita dibangkitkan sebagaimana bangun dari tidur
- Di akhirat, dua pilihan sahaja yakni syurga yang abadi atau neraka yang abadi.
- Abu Lahab menyuruh orang menangkap baginda
- Abu Thalib melindungi nabi


[ Al Kamil Ibn Katsir]

PEMBUKAAN KHUTBAH

Dari Az-Zuhri…

“Segala puji bagi Allah, kami memuji, memohon pertolongan dan keampunan-Nya. Kami berlindung dengan-Nya dari kejahatan diri kami dan perbuatan jahat kami. Siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, tiada yang dapat menyesatkannya dan sesiapapun yang disesatkan Allah tiada dapat memberinya petunjuk. Kami bersaksi, tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya yang diutus dengan kebenaran sebagai pemberi berita gembira dan peringatan sebelum hari kiamat tiba. Siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, dia mengikuti jalan yang lurus, dan siapa yang menderhakai keduanya, dia sesat. Kami memohon kepada Tuhan kami, agar menjadikan kami orang-orang yang mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya mengikut keredhaan-Nya dan menghindari hal-hal yang dibenci-Nya. Sesungguhnya kami milik-Nya dan Kembali pada-Nya.

[Masail Abu Daud]

Tuesday 21 January 2014

Suara Wanita Bukan Aurat???

Dalam catitan ini, saya ingin memberitahu bahawa suara wanita bukan aurat... 

"haa... bukan ka... buat hukum sendiri ka?" (Fulan)

haih, nak tau baca sampai habis dulu...

asal hukum bagi suara wanita itu bukan aurat, sebab itu wanita jua bebas berbicara meskipun dengan yang bukan muhrim... (writer)

adapun yang menjadi aurat yakni haram kecuali pada yang tertentu adalah suara yang dilenggokkan, dilagukan sehingga mampu buat orang yang mendengarnya 'cair'... ya, itu HARAM (writer)

'trend' untuk menghalalkan sekarang mudahnya dijawab, "kalu tidak melalaikan dan mengingatkan pada Allah, boleh"... wah... begitu pula jawabnya... careful, "islam memang mudah tapi jangan ambil mudah" yang HARAM TETAP HARAM, itu hukum Allah" (writer)

Bukti suara wanita bukan aurat, 

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)" (Al-Ahzaab:32)

Apa pula yang menyebabkan suara wanita itu adalah aurat?

Disebut oleh imam al-Ghazali, "Sesungguhnya suara wanita bukanlah aurat kecuali ketika dia menyanyi.  Maka pada saat itu suaranya aurat".

Disebut juga oleh Syeikh al-Qurtubi, "suara wanita ketika berkata-kata bukanlah termasuk aurat kecuali ketika dia menyanyi."

Kesimpulan berdasarkan kata2 alim ulama', suara wanita itu pada asalnya bukanlah aurat, tetapi apabila dilenggokkan yakni dilagukan, dimanjakan bukan pada tempatnya itulah ianya  dan bisa pula menjadi fitnah yang besar buat lelaki.. (writer)

wallahualam...

- catitan pendosa -



Monday 6 January 2014

Kerana ilmu...



(beramal aku kerana ilmu)














saya tertarik untuk sentuh berkenaan ayat ni... 

"kau nak buat, kau buat ja, kau xnak buat sudah!" (fulan)

saya berani berkata orang seperti ini mengambil mudah soal agama, ya benar.. islam itu mudah, tp ingat! jangan kamu ambil mudah... sesuatu amalan yg kamu nak buat, atau kamu nak tinggalkan kena ada ilmu atas tindakan yang kamu buat (writer) 

"Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)

buah kepada ilmu itu ialah amalan maka apabila seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang sesuatu tapi dia tak buat, sia-sia sahaja ilmunya.
(brdasarkan hadis, "ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah")

ringkasnya begini,..

contohnya mencuri, kenapa kita tak mencuri? sebab semua jelas mencuri itu salah... haa.. tidakkah ilmu tu? jelas kita tak buat kerja mencuri sebab kita tahu ia salah kan.. sama juga dengan beramal dgn perkara yg khilaf seperti bermuamalat dengan non muslim, dll. (writer)

-wallahualam-


~ sy hanya berkata menurut ilmu ~

Wednesday 1 January 2014

Shh... word.

"... maka berbicaralah dengan  baik atau diamlah" 
(Riwayat Bukhari)

suatu hal yang mana ramai orang tak mampu kawal termasuk orang yang menulis catitan ini adalah lidah. mudah dan cepat betul lidah ni sebut sesuatu yg kadangnya bukan akal kita yang inginkan perkataan tu keluar...

contohnya... kalu kita tercedera, apa ayat pertama kita sebut, "Aduh!"... AllahuRabbi... kenapa bukan perkataan "Allah" yang keluar dulu? sama seperti diri ini... 

selalu kalau kita banyak berbual dengan kawan-kawan, biasa tak kita menyimpang dari topik yang dibualkan, contohnya... berbual tentang kuliah esok, tiba masuk pulak bab kereta, kereta dia lagi laju, fulan tu lagi laju... bla..bla.. akhirnya sampai mencapai ghibah (mengumpat).. nauzubillah

maka, tetiba saya terfikir suatu ayat... 
"Berbicaralah sekadar keperluan, bukan kemahuan"(penulis)..

Hadis yang lain yang menyebut tentangnya... 

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat ialah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara.” (HR Tirmizi)

Astaghfirullahal'azim...

berfikir sejenak, selama kita hidup, berapa banyak perkataan yang bermanfaat yang telah kita ucapkan berbanding dengan perkataan yang sia-sia? 

~ Peliharalah lidah ~

Saturday 28 December 2013

Boleh laa...

  ~ AKU TERIMA YA ALLAH ~
"Semoga Allah meredhai akan mereka yang meredhai-Nya"


Allah berfirman,
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh " 
( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Maka,redha itu membawa maksud menerima dengan hati yang terbuka akan segala ketentuan tidak kira baik atau buruk sekalipun. 

Apabila kamu redha pada dgn Allah, pasti Allah redha dengan kamu..

Apakah kamu mampu berikan suatu ketetapan dan ketentuan yang lebih baik dari-Nya sehingga kamu tidak rela untuk redha akan ketentuan-Nya ? 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Tetapi ada juga perkara yang tidak boleh diredhai, yakni yang berkaitan kezaliman, khianat, dan perkara2 mazmumah lain yang perlu diperbetulkan dan jika perlu menentang, berjuanglah sehingga ke titisan darah yang terakhir...

~wallahualam~